Pages

Thursday 10 July 2014

Kompang Dipalu Pengantin Baru…



Isk.. isk… dah berbulan-bulan dah wehhh adik lelaki aku si Yap tue selamat berkahwin.. akak ko yang sorang nie baru sibuk2 nak citer kat blog dia.. maklumlahh.. takder followers  pun.. nie update untuk suka2 sahaja… untuk tatapan diri sendirk je pun… 

Tanggal 31/05/2014 ..selamatlah sudah adik lelaki aku yang ke 7.. bernikah dan bersanding dengan gadis pilihan hatinya .. Majlis meriah telah pun berlangsung di Kuala Kubu..  so.. family pakat2 bincang. Nak kumpul kat mana.. confirmlah rumah aku kan.. sebab rumah aku kat rawang.. setengah jam jek kot kalau tak jem laaa….
.
Pagi tu .. aku siap2 belikan breakfast … pasaipa.. takkan nak jamu ayaq semata.. kita orang melayu.. menjamu tetamu yang datang adalah satu kemestian.. sebab.. aku pon tamak pahala jugakkk.. and yang lebih penting.. setiap tetamu yang dating akan membuka pintu rezeki aku… sapa taknakkk… .hamboiiii….

Lepas dah kumpul semua.. maka.. bertolaklah berbiji-biji kereta berduyun-duyun ke kenduri itu…panas toksah cakaplahhh kan.. berpeluh ketiyak nie…tapi kami mewakili rombongan pengantin lelaki haruslah bertabah … kenalah tunggu kompang dipalu.. meraikan pengantin yang berarak tuhh… 


Di sini buat pertama kalinya.. kami sepuluh adik beradik ada bersama2 … jadi kami taknak lepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan pada hari itu… cayalahhhh…

Skang aku ada kuiz bonanza tudia untuk korang teka teki… Mereka ini adalah sepuluh adik beradik kandung sebapa berlainan ibu… cuba teka dan bahagikan.. yang mana satu adalah anak  mereka dan yang mana pulak ibu mereka.. peloh ketiyak korang nak teka… heheheheheheheeh..



Dalam tiga ini ..satu sahaja yang hakmilik kekal.. yang  dua tue  dah check out….. muhahahahahaahahaha dan si lelaki itu.. sangat bangga nampaknya pada hari itu.. kerana di sinilah beliau melihat warisan beliau.. iaitu kami semua… muahahahah..akhir kata… perkara lama jangan diingatkan.. kalau dingatkan… terbalik meja tuh rasanya… kahkahahahahaha….

No comments:

Post a Comment