Pages

Tuesday 15 July 2014

Baru Ada Akaiii..



Suasana tegang sedang menjadik-jadik kat tempat kerja aku nieh.. dek kerana perbalahan masam-masam muka di antara pegawai2 atasan aku niehh.. dah macam budak-budak kecik pulak bila masing-masing  dah tua bangka tak bercakap sesame sendirik...sampai semak document pun nal passing –passing pun nak kena pakai orang ketiga padahal.. nak letak document tu dua tiga tapak jek memasing…

Tapi bila kejadian ini berlaku semua orang sok sek sok sek kat belakang sebab merasakan satu malapetaka yang jarang2 bermimpi akan berlaku… apa tidaknya.. mereka berdua ini tersangatlah rapat… aku rasa mereka ini adalah BFF sebelum bekerja bersama… jadi bila ini telah berlaku.. semua orang sangat terkejut.. what happened. Tak cukup department lain cuba- cuba mencungkil nak tahu apa sebenarnya yang terjadi… 

Manakan tidak.. dulu.. pergi kerja boleh jek car pool together… lunch sesame sebab aku boleh katakan mereka ini tidak berkawan dengan orang lain ataupun lebih tepat.. orang lain tidak mahu kawan mereka ini… theheheheeheh…. Dulu.. bila berdua mereka sangat teguh.. kalau marah2 jadi bola2 api itu tersangat lah puaka.. pergi mana hatta ke toilet sekalipun pasti berdua… sekarang mereka kelihatan roboh.. diam tanpa kata…  cuba mengelak dari bertembung.. hrmmmmm… sepatutnya aku merasa gembira dengan kejadian ini tetapi tidak lah pulakk… 

Puncanya tidaklah jelas.. tapi apa yang aku tahu.. seorang boss itu berhak untuk menegur anak2 buahnya.. boss always right.. so.. si polan ini… tidak dapat menerima teguran boss itu.. sebab dia lupa yang menegur itu adalah boss bukan rakan dia.. inikan office…  mula tunjuk perangai.. dah tak mahu balik sama2.. bercakap pun tidak.. segala rutin mereka berdua… berubah 360 darjah… penin tau tak.. sebab anak2 buah menjadik orang tengah bagi mereka berdua… 

Bila nak berbaik tak tahulah aku.. tapi aku rasa yang bodoh kat sini.. adalah si polan tuh… kenapa nak diperbesarkan perkara yang bagi aku adalah biasa saja.. kena tegur depan semua orang kau kira itu memalukan… tapi kau sendiri kalau bercakap… bukan main lantang.. bila kena batang hidung sendiri.. mencorot la pulakk…. 

Baru ada akaiii…. Macam tulah sehari-hari kami semua di attack… di marahi… (aku jaranglahh.. officemate aku yang lennn…. … tapi bila si polan ini kena.. tangkap sendu pulak… habis kau canangkan yang boss tu gila.. bagi aku … aku memujuk di depan tapi belakang aku sangat tidak bersetuju… 

Who are you…. Kau adalah tiada apa tanpa boss kita.. kau bukan tau sangat buat kerja.. lagi kau nak mendabik dada dengannya.. tabik aku tabik springgg dengan bosss sebab dia sangat tegas dan buat tak kisah.. seolah.. you don’t respect me as your boss you boleh jalan….. ambik nko… hubungan darah pun berantakan inikan pulak hubungan atas dasar kawan….. kau fikir2 kanlahhhh….. 

Aku rasa sekarang.. yang panas2 pongkok pun.. aku dah nampakk.. si polan itu jugak… sebelum ini aku tengok dia buat boss tak wujud… sekarang.. aku tengok boss buat double action.. baik punya… so sapa yang rugi… si polan jugak.. tulahhh.. agak2 lahh nak buat perangai.. kau di mana boss di mana…


Setakat teguran suruh perlahan suara tu pun nak jadi isu panas macam ini… memang tak professional dan berlagak diva yang amat… si polan konon rasa malu sebab di tegur depan anak2 buah.. tau malu ekk.. ko tegur orang macam mak marah anak tak basuh kasut sekolah.. ko tak fikirrr…… eehhh.. tolonglahhh…  ehh.. di bulan posa niehh.. tulisan ku ini dikira satu umpatan ke tidak ????

No comments:

Post a Comment