Pages

Thursday 10 July 2014

Salam Ramadhan 2014



Cepatnya masa berlalu.. tahun 2014 dan menjangkau ke bulan 7.. cepat sangat…. Bukan apa.. bila berakhir dari tahun ke tahun… maknanya.. umur aku pun mencanak bertambah… kategori dah dewasa (30an) … tunggu nak masak …. (40an)…

Kami sekeluarga tahun ini menyambut ramadhan amat penuh bersederhanaan..hujung minggu akan dipenuhi dengan aktiviti bersama ibubapa.. tak rugi merapatkan hubungan sesame keluarga…. Tanpa keluarga siapalah kita… 

Bangun Sahur


Dah tiga hari kita selamat berpuasa… tahun ini adalah cabaran besar bagi anak perempuan aku .. si yaya.. sebab this year dia bersekolah pagi petang….manalah tau jadi lembik dan tak terdaya kerr… masa nak sahur ..nak tergelak aku dek perangai nak bangun sahur nie… iskk..isk.. seksa sungguh… nak buka mata pun tak boleh… Si yaya nie memang aku suapkan.. kalau dia suapkan sendiri alamatnya.. tak kenyanglah jawabnya… 


Along is champion.. masuk tahun ini tahun ke empat dia berpuasa…. Tiga tahun berturut.. dia puasa penuh…sangat bangga sebab anak2 sangat bagus tenaganya better than me.. aku puasa penuh.. betul2 punya darjah empat kot… dengan dia aku takder masalah sangat.. yaya pun.. anak-anak ibu .. memang terbaeekkkk…. 

Budak Yusouf .. sedap tido.. dia takper tak posa.. dia confirm ahli syurga… wawakakaakaka… elok dia tido.. kalau dia terjaga.. susah lah aku nie.. dia nie jenis suka kacau aku kat dapur.. tanya itu tanya ini.. kadang-kadang masa tengah masak untuk berbuka rasa cam nak plaster budak comey niehhh..

Berbuka Puasa
 Pukuk 5.45ptg sampai kat rumah.. bersilat kat dapur.. memasak juadah seringkas mungkin.. tak kisah ringkas janji makanan mesti panas2… dan pastilah menyelerakan.. aku suka kot.. bila hidang makanan dalam bekas letak kat bawah tudung saji.. kejap2 anak2 datang bukak.. sambil puji.. sedapnya ibu… cepatlah azan maghrib… hehehehe….

Hari Isnin lalu kami bukak puasa dengan bertelurkan kicap sahaja.. gas habiss !!! masa tue dah pukul 7.00 kut.. aku tak sempat nak masak apa.. kebetulan balik lambat beli barang mentah… aku ngan anak2 makan tueh jek.. tetiba aku menangis tersedu2 sebab tengok anak2 aku yang seharian berpuasa tuh.. berselera sangat makan nasi telur kicap tuhh.. sedih sangat sebab tak dapat masak yang sesedap sikit… laki aku pujuklah aku niehh… takyahlah sedih.. bukannya aku sengaja.. aku sedih aahhhhhh....  tapi sahur esok  tuh aku masak sesedap …. Hehehehehe…. Balasss…. Balik..

No comments:

Post a Comment