Pages

Sunday 29 June 2014

Leadership



Bebanan kerja kian macam tak ketahuan hala skang.. asal ada masa.. aku buat sini sikit sana sikit.. dah tak terkejar date line.. dalam kegopohan dan penuh terkocoh-kocoh dengan sedaya upaya aku cuba siapkan segala task yang dipertanggungjawabkanterhadap aku…  dah lah dengan keadaan jiwa kacau …tak dapat bayangkan betapa aku melawan dan menepis segala menatang dugaan dengan tabah….

Ini adalah keadaan yang sangat pelik.. aku clear jek.. mesti banyak balik.. aku celar jek.. mesti datang balik.. tensi.... tensi

Dalam keadaan yang tidak cukup kaki dan tangan itu.. boss dengan baik hati  memberikan aku seorang admin assistant bagi kelangsungan kerja aku yang bertimbun.. kadang2 tak masuk dek akal .. kerja yang tak habis2.. aku dalam keadaan yang sangat tension dengan kerja yang adaaa….. tak malu untuk aku katakan di sini.. aku dah tak tahan dengan semua ini…. Letihhhnyaaaa…..


Aku bukan nak bikin panas ke aper kerr... tapi aku semak otak.. tahu tak ???
                                         
Dahlah kerja bertimbun.. kena pulak training budak baru belajar itu… umur baru 18 tahun.. dia kata nak kerja setahun dua.. pastu baru nak sambung belajar.. takperlah adik.. akak just nak bagitau.. setahun dua yang ko timba pengalaman kat sini… sedikit sebanyak ringan beban akak adik oii… terima kasih lah… sekurang2nya filing bertimbun tue habis ditarah budak admin tuh… rajin dia buat filingg….. senang ati dik…

Dalam minggu pertama ko kat sini.. aku memang bagi itu sahajalah kerja ko.. sebab dengan filing ko akan tahu apa dan mengapa.. filing itu dilakukan… tetapi orang atasan nak suh aku ajar lebih dari itu.. tunjukkan dunia sebenar kepada budak admin tuh…  buat pekerjaan yang baru… banyak pulak tuh.. aku dah tunjukkk cara dan bagaimana siap penerangan lagik.. kenapa begitu ..dan kenapa begini.. 

Admin assistant aku ... rajin budak nie umur baru 18tahun.. kerja banyak aku bagi kat dia tapi setakat hari ini dia seorang yang cepat belajar dan mahu belajar...

Dah tiga kali di ajarin.. dan dah capai tahap percaya aku  yang budak tu boleh buat kerja.. so.. dah dingatkan beberapa kali.. sekiranya ada masalah berkaitan silalah bertanya…banyak juga document yang dia buat.. so atas dasar aku percaya dia boleh buat… aku terus hantar pada Asst Manager untuk disahkan..

Toing… toingg… masalah telah meletup di mana di dapat majoriti kesemua documents tidak termasuk tiga yang aku ajari itu.. semuanya SALAH…. Hadoyaiiii…. Teruk aku dimarahi oleh Asst Manager aku sebab tak semak dulu kerja budak tueh.. ntah haper2 yang dibebel kan nyer.. marah sungguh ..

Apa yang mampu aku kata.. aku tanggung salah budak admin tueh… sebab dia kan dibawah seliaan aku.. haduhh.. tensi.. budak tue pun asyik minta mahap ajer keje nyerr… tulah.. bila ditanya ada masalah atau pun tidak… kata okayyy… yang aku pun pi percaya.. sapa suruhhh..

Banyak yang salah… mulut asst manager aku nie ringan.. cerita kerja yang salah-salah  seperti ini akan cepat2 sampai pada boss aku.. dia kalau bercerita yang buruk2 saja… yang elok dia diam.. yang buruk-buruk cepat jek sampai ….

Okay.. aku takder pengalaman… pengalaman mengajar budak yang zero knowledges mengenai skop kerja yang aku buat sekarangg...tapi kan sudah diminta maaf dan dalam masa yang sama kesalahan itu telah pun dibaik pulih.. tak payahlah nak gebang sangat macam kerja kau sebelum nie perfek sangat..lagipun budak tueh aku tak cuit sikit pun.. marah pun tidak… aku dah cakap aku tanggung… 

So.. ini adalah pengajaran buat aku… aku tak boleh ambil sambil lewa.. sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia budak itu… aku kena pantau dan semak apa sahaja yang telah budak itu lakukan…aku tak faham kenapa aku perlu begitu berhati-hati kali ini.. aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.. tahun ini memang bukan tahun yang baik-baik…

Kena asah tajam2 lah “leadership” aku niehhh…..

No comments:

Post a Comment