Pages

Monday 1 September 2014

Kemurungan Itu Bukan Sedih Biasa




Ya... kemurungan itu bukanlah sedih yang biasa.. kemurungan aku ini bukanlah kemurungan orang yang telah mengalami sakit jiwa.. tapi lebih kepada hati yang mudah berasa sedih dengan apa-apa pun... bahasa tubuh yang menzahirkan kemurungan aku.... tidak semua orang tahu dan tak kurang juga yang sudah tahu.... 

Kesedihan aku yang bukan biasa sehingga tidak mampu untuk menulis di dalam blog kesayangan aku ini... aku tidak mahu bercerita mahupun bergurau senda seperti selalu..  kesedihan yang aku tidak mahu berkongsi dengan siapa-siapa pun... aku terperasaan dengan sendirinya yang aku sudah hilang sifat jenaka jauh sekali untuk bercakap borak-borak kosong..

Dengan kesibukan di tempat kerja yang membuatkan aku sangat stress.. setiap masa setiap hari.. aku sudah tidak boleh bekerja dengan tenang.. kacau bilau.. semuanya dibawah tanggungjawab aku..  berterabur fail-fail yang masih perlu diselesaikan.. semakin meninggi..  bersepahan bayaran pembiaya yang masih belum dikemas kini di dalam data komputer.. semuanya ada masalah masing2..semuanya harus disiapkan mengikut date line... aku buat semua... tapi kemurungan aku ini kian menjadi2 bila aku menjadi sangat pendiam di tempat kerja.... aku hanya bercakap apabila ditanya... menjawab telefon apabila perlu.. tak kurang juga ada pembeli yang memarahi sekali sekala ada yang memaki...tapi aku menyiapkan kerja tanpa banyak soal.. 

Aku penat.. penat untuk menjadik orang seperti itu.. penat untuk berusaha supaya boss melihat hasil2 kerja aku.. penat menjadik orang harapan.. penat berharap aku dinaikkan gaji untuk mencarik sesuap nasik... penat merajinkan diri untuk mendapatkan bonus yang masyuk setiap tibanya raya cina....Demi Allah aku penat.. aku penat untuk bekerja di bawah tekanan.. aku bosannn.... aku mudah menjadik pemarah... habis budak bawahan aku.. kalau tersilap.. disitu jugak aku menegur tanpa berlapik-lapik....Aku buat kerja tanapa rasa puas... aku penat... penat........ 

Aku penat menjadik superwoman... aku penat... jiwa dan hati aku sedih... fikiran aku melayang-layang.. tidak ketahuan puncanya.. aku mengalami kemurungan yang bukan sedikit...  mungkin sedikit sebanyak hal rumah tangga terbabit sama.. mungkin..
Penat belum hilang lelahnya... sambung pula dengan kerja rumah yang setiap hari menanti... mana nak layan anak-anak.. melihat kerja sekolah... melihat beg sekolah.. mencuci kain.. menyidai kain... melipat kain... memasak... seterika baju sekolah.. dan kerja yang seangkatan dengannya... ini semua membuatkan aku mengalami kemurungan..... kemurungan.......... 

Aku betul2 penat... penat dengan semua ini.... berdosakah aku bila aku meluahkan apa yang terbuku di hati ini.. berdosakah aku merungut aku adalah penat !!! tidakkah aku berhak jugak untuk melapangkan hati dengan perasaan yang tak perlu bertungkus lumus memikir apa-apa... MERUNGUT INI BUKANLAH MENUNJUKKAN AKU TIDAK BERSYUKUR... TAPI AKU LUAHKAN APA YANG AKU RASA.... 

Bila hadapi semua ini...  mendirikan sembahyang adalah terapi yang wajib bagi aku... dekatkan diri pada yang Maha Esa.. mahu ditunggu apalagi... panjatkanlah rasa sedihku itu.. luahkan lah pada Yang Satu... Kau buang jauh-jauhlah rasa sedih hati ku ini.. Kau berikan aku ketabahan yang galang tingginya.. supaya aku tidak punya alasan untuk merungut itu dan ini... supaya aku redha dengan semua ini.. supaya aku tidak mencari salah siapa.. supaya aku menjadik seorang pekerja yang jujur dan seorang yang berdedikasi... jadikanlah aku seorang isteri yang hebat.. disaat susah senang aku dan suami tetap bersama... kau jauhkanlah sifat sedih ku ini.. jadikan aku seorang ibu yang bangga dengan anak-anak aku.. jauhkan aku mencari setiap kelemahan keluargaku.. KAUDEKATLAH AKU DENGAN IBUBAPAKU... JANGAN JAUHKAN  PERASAAN KASIH AKU TERHADAP MEREKA.. KAU BERATKANLAH HATI AKU PADA MEREKA.. YA ALLAH... dan panjangkan umur ku ini ya allah untuk aku menebus rasa murungku ini dengan hati yang gembira... berpeluang kah aku ?????

1 comment:

  1. LuckyClub Casino Site | 100% Welcome Bonus up to CA$1600
    Join LuckyClub Casino and enjoy all of the features that make our site one of luckyclub the best in the industry, so that you're always able to play at the same

    ReplyDelete