Pages

Wednesday 25 June 2014

Mereka Yang Istimewa



Terpanggil untuk mengulas isu yang sedang panas diperkatakan di sana sini.. cerita tersebut terpampang di surat khabar mahupun di intenet.. cerita tentang adik Firdaus  yang telah dibiarkan di dalam bilik seorang diri dengan keadaan yang amat menyedihkan dan juga keadaan diri adik yang sangat kurus..


Sejujurnya.. aku tidak dapat menghabiskan bacaan setiap kali kisah adik Firdaus itu di suratkhabar.. mungkin kerana aku tidak setabah orang lain nak mengetahui lebih lanjut  ataupun  aku takut  kisah itu meruntun sedih aku berhari-hari lamanya… kisah tentang manusia.. aku tak boleh baca sekiranya cerita itu terlalu sedih…. 

Puan Lola ?? nama ibu adik memang hot sekarang… mulut orang ramai lancang memarahi, dikecam dan menyumpah perbuatan beliau terhadap anak kandung beliau sendiri… kita tidak tahu apa yang telah berlaku sehingga Puan Lola membiarkan anak okunya itu terbiar begitu sekali… aku tidak berhak untuk menilai.. tapi yang aku tahu ini adalah satu PENGABAIAN terhadap anak kamu Puan Lola.. merujuk kepada siasatan yang dilakukan.. memang tidak terdapat sebarang penderaan fizikal terhadap adik Fidaus tapi.. mental adik Firdaus ..itu sudah pasti… 
 
Abang Azim.. yang dipanggil Amad.. Mak Lang Cayang Dia... nanti ajar Mak Lang skill menarik air ekk.. nak masuk pertandingan Teh Tarik 2014 niehhh..... muahahahaha.. anak dara si mizah adik si Amad nie.. mulut macam bertih jagung...
Aku sendiri juga  punya anak saudara yang istimewa seperti adik Firdaus .. sebelah aku ada seorang.. sebelah encik kekanda pun ada seorang.. aku melihat ketabahan dan kesabaran kakak kandung aku mahupun kakak iparku sendiri menguruskan anak-anak istimewa ini.. mereka adalah seorang ibu yang hebat kerana mereka tabah dan sabar menguruskan anak istimewa mereka ini ..
 
Danish Imran yang dipanggil Imad.... nie pun kesayangan Alang Ana jugak...sekolah rajin2 ek abang...
Aku tidak tahu sebenarnya jerih.. penat lelah mereka menjaga anak istimewa mereka..tiada istilah pengabaiannn…  Aku hanya menziarahi dan melawati rumah kakak2ku ini hanya sekali sekala… bermanja2 ..melayan keletah anak2 istimewa itu .. hanya pada waktu yang singkat sahaja… mereka ibu yang hebat kerana kasih sayang mereka terhadap anak istimewa itu dijaga dan ditatang dengan sempurna dan sangat bertanggungjawab.. Puan Lola .. kenapa anda sebaliknya ??… 

Buat Along Dan Kakak Ipar,

Kamu berdua ibu yang hebat… ibu yang hebat kerana sabar dan tabah serta redha menghadapi ujian Allah.. sesungguhnya hormat adik mu ini pada kalian bertambah2.. tidak pernah adikmu ini melihat kalian berdua terkurang bahagi kasih pada anak2 istimewa kalian… Ya Allah ..kau berilah kesihatan yang baik pada kakak2 ku ini.. dan limpahilah mereka dengan rezeki yang halal.. kerana sifat keibuan mereka adalah benar.. dan kasih mereka adalah benar….ya Allah.. aku memohon kau tempatkanlah mereka ini  di syurga mu Ya Allah….



1 comment:

  1. tq ana....bertuahnya jika kita dipilih untk pelihara ahli syurga...andai Lola tau...

    ReplyDelete