Pages

Monday 24 March 2014

Masak Lemak Ikan Tenggiri



Hari ahad lepas.. aku rasa terajin pulak nak masak … lagipun encik kekanda ada kat rumah.. dan lagipun lagi..  malam sebelumnya adik ipar aku dijemput oleh laki aku untuk lunch ahad together-gether… so pagi-pagi lagi aku pergi NSK.. sebab barang basah memang dah tak ada…

Beli barang2 basah.. lately nie.. tersangatlah mahal.. aku terasa sangat akan kenaikan harga barang sekarang… berpeluh ketiak nak membayarnya.. jenuh lahh.. takut-takut terlebih-lebih budget… tu pun satu ratus jugak cecahnya.. bukan amik merapu pun.. beli barang basah je pun… lagipun dah hujung bulan.. rasa sanggap muahahah.. sib baik lah aku ahli NSK.. dapatlah kurang seringgit dua..

Laju-laju aku pulang ke rumah.. masa tue dah pukul 10.00 kut.. aku pun basuhlah barang basah yang aku beli tadi… boleh kut tahan 2 minggu nie… korang mesti heran.. dalam takdak duit pun ko makan ikan tenggiri ek.. ehh.. ada offer tadi.. di letak dalam bakul.. IKAN CAMPUR sekilo 13.99.. aku tengok makcik tua tue ambil bukan main banyak lagi.. berkeping2 nko.. aku tanya.. “ ikan apa nie makcik..,” … makcik tue pun jawab.. ikan tenggiri nak oiii… aku pun ambil lah dua keping besar tapak tangan laki aku kot.. kena lah RM 5.60.. boleh la kan.. apasal murah ek ?? ikan lama kot.. takper ahhh…. 

Aku dah basuh n simpan dalam Tupperware.. dalam bekas kecik-kecik.. senang..selalunya sebelum pergi kerja aku aku letak dari peti beku kepada peti ais biasa.. balik tue dah defroz kan.. aper nie nak citer nak masak pun berjela-jela aku melalut nie haaaa….

Boleh pulak masa tue aku keputusan idea.. tak reti nak masak apa.. dah terbodoh sat… secara tetiba aku masak lemak ikan tengiri  dua keping tue.. cukup masam,masin garam dan mendidih..aku tutup api.. lepas tue aku  termenung.. nak masak apa pulak.. aku teringat aku ada beli petai.. ngan udang.. hah.. terus buat sambal udang petai.. memang kenalah dengan masak lemak kan… tudiaa…. Dah ada dua hidangan..

Pastu aku goreng sayur taugeh n kucai..dan goreng ayam dengan rempah kentaki.. thehehehe… aku teringat yang aku ada sambal ikan bilis beku yang aku simpankan.. jadi aku pun panaskan dah hidang.. dah siap !!!...


Juadah kami pada hari  ini… alhamdulilah.. kenyang sampai ke petang… dapatlah jamu tetamu.. makan bertambah semua termasuk tuan rumah,, hahaha.. akibat kenyang amat.. membuta aku kot petang tue…



 huk aloh,, apehak comot sangat bibir periuk ko tu dek ana.. lantakan.... janji rasa meletoppp..

Ikan Tenggiri Masak lemak yang mudah
Ikan tenggiri dua keping- besar tapak tangan encik kekanda bak ang..
Kepala parut sebelah – diperah dan dapatkan santan pekat 1 mangkuk dan 1 mangkuk santan   cair…
2 biji tomato- potong baji
2 batang serai –diketuk
2 biji bawang merah     ]
1 biji bawang putih       ]
½ inci halia                   ]             Bahan2 ini  ditumbuk lumat
3   biji cili padi
Asam keping             ]
Serbuk Kunyit
3 biji cili padi
Garam
Daun Kunyit (optional )

Mula-mula satukan bahan tumbuk ke dalam periuk..  asam keping ,serai, daun kunyit kemudian masuk santan cair dulu…  serbuk kunyit.. kacau sebati.. bila mendidih.. masukkan garam.. dan ikan.. kacau dan kacau masukkan santan pekat , cili padi dan tomato.. dan kacau perlahan supaya ikan tak hancur  dan tak pecah minyak sampai mendidih dan tutup api..  

Aku letak cili padi sebiji-bijik pasal aku tak buat kuah tue pedas berdenggung.. pasal anak aku nak makan nanti.. jadi cilipadi tue untuk habuan aku nak pedas… thehehehe..

Nota kaki.. selalunya aku letak satu asam keping dulu.. dan rasa.. agak-agak kurang masam.. aku letak la sekeping lagi.. itu untuk mengelakkan terletak lebih asam .. try n error… buat confirm jadi wehhh… mudah jek..



  
Sambal Udang Petai Mudah

½ kilo udang saiz sederhana
4 sudu cili kisar suri – aku pakai cili kisar segera sahaja.. tak  dak masa nak blender cili kering aihhhh..
3 bawang merah – dihiris nipis
2 bawang putih  - dihiris nipis
½ inci halia        -  di hiris nipis
1 Asam keping
Gula n garam secukup rasa

Tumiskan bawang merah, bawang putih  dan halia sampai naik bau.. lepas tue letakkan cili kisar.. gaul rata dan tambah air..  kacau rata dan bila dah pecah minyak.. masukkan asam keping sekeping… gula ,garam…

Bila dah sebati dan naik minyak.. masukkan udang dan petai.. kacau rata dan tutup api.. kan dah siap..

Nota kaki- aku masak yang simple-simple sahaja.. aku tak reti dah pakai rempah ratus yang susah-susah.. aku dah terbiasa lagi senang lagi bagus… thehehehe…. Lagipun aku kan wanita yang bekerja.. tapi nak masak jugak.. jadi aku pilih untuk memilih bahan yang mudah cepat dan senang…. Haahahahaah.. ^ apasal  aku ketawa plak ^….


No comments:

Post a Comment