Pages

Monday 17 March 2014

Ana Sayang Abah Sudin Jugakkkk…



Tanggal  16/03/2014 hari ahad pukul 1.00pagi..  the only one.. my step father.. darling for ever lasting to my beloved emak telah kembali kepada yang Maha Esa.. masih terasa baru akan rasa pemergian beliau… seakan rasa tidak percaya.. tapi itulah hakikatnya.. setiap yang hidup pasti akan mati.. itu pasti.. 

Hari sabtu itu.. tiada yang luar biasa… menjalani rutin seperti biasa.. encik kekanda pergi berniaga… sabtu dah ahad di Behrang.. bukak booth kat sana.. so selalunya.. encik kekanda takkan balik .. dia terus bermalam.. malas nak berpatah balik.. yalah.. jimatkan uwang dan masa… 

Aku pulak di rumah.. buat kerja rumah.. lagipun catuan air kat tempat aku kena.. jadi.. berduyun-duyunlah aku menyimpan stok air… malam sabtu tue .. aku tido awal.. pukul 10.00 malam dah tido…. 

Sayup-sayup aku terdengar suara laki aku.. aku pun dalam keadaan mamai.. dan separuh sedar yang teramat.. macam rasa tak percaya pasal laki aku balik. and his face was so sad masa tue..… dia membebel pasal aku tido mati dan tak angkat phone..  dia bagitahu yang abah sudin telah meninggal dunia.. 

Okay.. aku was sentap and terkedu.. donno wat to do.. just sat on my bed.. doing nothing.. lost… totally lost… encik kekanda yang packed all the bajus… aku cuma iyakan saja.. apa yang perlu disumbat dalam beg pakaian.. 

Aku dah rasa okay aku bangun.. pastu siapkan barang susu pampers si Yusouf.. masa nie even dah okay but aku masih lost… sekejap aku masuk bilik nie.. but doing nothing.. masuk bilik depan also doing nothing.. 

Last2 masuk bilik air gosok gigi.. basuh muka.. tukar baju.. and grabbed the bag and ran to the car… anak-anak semua enck kekanda setel. Sebab dia tau aku macam tak reti nak buat apa… dialah yang tutup pintu.. kunci dan switch off the light.. even towels pun dia yang ingatkan.. 

So.. pukul 4.00  pagi kami dah ada kat highway… it was a sad moments.. because the silent mode buatkan aku punya otak menjana flash back memories…  okay.. suddenly.. I cried… cried for my abah.. cried for my mak.. cried for my  both brothers… mereka sudah menjadi anak yatim… 

We arrived Perlis around 9.00 am.. masa nie..  orang dah ramai dah kat depan rumah abah.. okay.. semua yang ada relatives… friends… he had a lots of friends… everbody don’t want to missed to see him for the very last time….. 

Okay.. keluar saja dari perut kereta..  aku carik mak aku…  aku peluk dia.. cium dia.. and bila mata bertentang mata.. she cried and said.. ana.. abah dah takda.. pi la tengok abah.. he is smiling…. .. 

Aku bukak kain yang tutup muka abah.. Ya Allah.. he was smiled.. and peace…. Okay.. I cried.. again…  ambil air sembahyang and bacakan Yassin… Masa mandikan tue.. aku terjenguk-jenguk jugak tepi tingkat.. aku selak juga langsir bilik.. masa tue nampak jenazah mengiring.. tapi can’t see the face.. okay.. dah tak boleh tengok.. sebak.. 

Usai mandi… jap… aku sedih… aku termenangis jap.. huhuhuh… okay sambung.. masa habis mandikan jenazah.. dia diletakkan di ruang tamu… untuk dikafankan.. masa nie.. aku rasa yang mana close memang akan tersentuh.. sebab tahu sangat.. itulah kali terakhir kami semua dapat melihat arwah… 

Masa dikafankan tue.. sangat syahdu okay.. melihat wajah beliau … masa dipanggil kami semua menatap dan mencium arwah.. masa ini jugak aku terlalu sedih.. aku pegang mak.. badan mak mengeletar okay… dia tak sihat tapi dia gagahkan diri jugak.. okay.. mak menangis.. kami semua… 

Terima kasih Allah.. aku dapat kucup dahi arwah…. Dari jauh itu aku melihat encik kekanda si hati batu juga turut menangis…yelah.. dia jugak berhas as menantu.. dia jugak berhak untuk merasa sedih… 

Masa ke kubur aku tak dapat nak ikut sebab aku susah dengan anak kecil lagi.. jadi aku minta nak tinggal di rumah saja.. manalah tahu ada tetamu yang  datang menziarah…. Bolehlah aku beritahu.. jenazah sudahpun di bawa ke kubur..  Tamat…

 Abah Sudin..
 
Aku kenal abah sangat lama… dia berkahwin dengan mak aku seorang janda beranak tiga..  dia menjaga aku seperti anaknya sendiri.. pernah naik tangan terhadap aku kerana puncanya dari kenakalan aku yang selalu buat mak menangis.. 

Aku pernah gilakan seluar bokat beliau.. yang kecik di atas dan besar di bawah… masa tu aku tingkatan 2… masa tu zaman seluar bokat tengah meletup-letup  ..jadi duit takda nak beli seluar macam tue.. jadi aku pakai saja seluar tok sudin.. memang gempak habis.. orang ingat aku tempah and minah bokat.. padahal aku rembat abah sudin punya… seluar bokat dan kotak-kotak.. abah ko ada???

Waktu remaja aku adalah sangat tidak ngam ngam ho dengan beliau.. apa dia kata semua aku bangkang dalam diam… mungkin kerana hubungan “tiri” itu yang buatkan jiwa remaja aku asyik nak bangkang sajia… tapi itu dulu.. bila dah kawin.. hubungan kami kembali diwarnai dengan kasih sayang..hormat menghormati…  okaylah cerita serba sikit pasal arwah.. diap dah takder… 

Aku rasa orang yang paling terkesan adalah mak aku..dia hidup 30 tahun dengan abah sudin… adik aku yang lelaki tu pun dah 29 tahun…. 30 tahun mengadap 24jam sehari… aku tahu mak aku tersangat sedih.. hilang soulmate dia.. hilang tempat dia bmanja…  hilang tempat dia bergaduh…  dan dengan secara rasmi dia adalah janda yang baru kematian suami.. sedihh..

Mak tak boleh tinggal sorang-sorang.. mak perlukan teman.. kalau dibiar sorang.. mesti dia sangat rindukan abah… biarlah aku buat lawak bodoh untuk bagi mak ketawa gembira.. pasal aku tak sanggup tengok mak berduka… aku tahu mak tersangat rindukan abah… rindu lah.. kat laki dia… memang dia ketawa.. tapi dalam hati siapa yang tahu.. 

Ambil masa semua tue.. bila tengok mak menangis.. aku hanya mampu cakap.. sudahlah… maaaa… mak doakan abah tenang di sana… mak jangan nangis2.. yekk… tak dapat nak bayang apa yang mak aku rasa… kita tak tahu… hilang separuh nyawa…. 

Al-Fatihah. Buat MEJAR (B) SHAMSUDIN BIN HAMID (1942-2014).. I love you abah…


No comments:

Post a Comment