Pages

Sunday 8 December 2013

Kids n Hubby,,…



Arakian aku tidak punya lagi lebihan cuti bagi tahun 2013.. jadi tidak ada istilah membawa anak-anak bercuti sempena cuti sekolah.. aku is nan adoooo… cuti aku banyak telah dihabiskan  tanpa perancangan.. Tahun Sakit bagi anggota keluarga di sana-sini… nak buat macamana….inikan namanya putaran hidup…. Aku redho…

Alkisah….. kedatangan orang tua mertuaku..(kedengaran ayat itu sangat pelik sedikit.. ).. pada jumaat yang lalu dan berlepas pulang ke kampung pada pagi-pagi isnin.. ayat pagi-pagi itu merujuk kepada BETUL-BETUL pagi… theheheeh… langsung membawa semua cinta hatiku… iaitu.. Encik Kekanda, Along,Yaya dan Si kecik Yusouf…. Mereka menuju ke kampong tanpa mandi mahupun bersarapan.. aku punya waktu singkat untuk mencium ala kadar bagi 3 orang anggota aku itu…

Ini semua berpunca pengasuh aku yang meminta untuk bercuti bersama keluarga.. dan punca kedua akulah yang meluluskan cuti itu untuk mengembirakan keluarga pengasuh aku tue.. katanya nak ke LEGOLAND.. lepas tue ke Langkawi pulak… biarlah dia berbahagia.. diakan nak penat MENJATUHKAN anak-anak aku di sana sini… hamboiiiii

Ohhh… sungguh sunyi rumah aku pagi ini… aku terbawa-bawa rasa sunyi itu di dalam kepala hotak.. nak buat kerja rumah pagi ini pun aku jadi tidak bermaya…. Aku secara tetiba menjadi penasaran… terasa kehilangan….. kehilangan untuk  seminggu.. yang aku kira.. aku tidak sanggup pun walaupun seminit waktu… 

Aku menjadi sangat riiindduuuuuu dengan anak-anak… dengan bapaknya lagi lahh.. sudah hilang teman berlaga hidung.. theheeheheh… aku sangat memerlukan mereka semua.. aku sangat rindukan mereka.. 

Jadi aku mengambil keputusan untuk bermalam di rumah abah di setapak.. status aku pada minggu ini adalah BUJANG…. Aku jek perasannnn bujang yang sebetulnya kalau orang lain tengok dah tau aku nie dah beranak pinak.. tengok badan dan muka dan boleh jangka… muahahahahaha….. 

Abang.. I miss u.. like u crazy bang… theeheheh

Okay.. kalau aku bercerita lagik… pasti aku tidak tertahan rindu nanti.. orang-orang tua pesan..ibu  jangan rindu-rinduan anak tue.. nanti takut anak merindu ibu pulak… walaupun aku merindu  gila..tapi aku tidaklah pulak mahu menelefon… aku kan pelik…

No comments:

Post a Comment