Pages

Friday 20 December 2013

Aku kesibukan tahap baladewa…



Tahap baladewa ??? aperkebender tue.. ntahler.. Puan gebu pun tak ketahu.. suka mood aku je nak nulis.. muhahahaahah..aku mencurik sedikit masa untuk mentulis blog kesayangan aku yang kian usang ini…. Ala tian.. tomey..tomey..
Sedikit kupasan dari ketiadaan tulisan aku dua ratus tiga perpuluhan enam poin tiga hari yang lepas.. theheheehhe….

Diet..
Well… tipikal melayu tulin. Bercakap megah mahu berdiet tetapi usaha berdiet tidaklah sekencang yang disangka.. tapi.. tapi..tapi.. tak turun tak naik pulak daahhh… duk kat situ je… thehehehe….jangan ulas banyak mengenai diet ini… kita cabut !!!!!

Anak-anak
Kasihan kepada anak-anak aku yang beroffice hour jugak… aku terpaksa hantar mereka ke rumah pengasuh.. aku tidak ada pilihan.. I have too bebehhh…. Aku tak mampu nak pakai bibik.. kerana kos permulaannya tersangatlah aku tidak bisa..tidak bisa… tapi bulanan tu insyallah… theheehh… Tapi lepas balik kerja aku cuba bawak bebudak pergi makan kat kedai… sambil sembang-sembang.. 

Kerja….
Hujung tahun, orang lain sibuk clear leave di sana sini… gembira bersama anak beranak… tetapi aku terkepaksaan menyudahkan kerja yang berlambak kat office niehh.. haduyaiiii.. tensen betul sampai lunch pun tak keluar nko… aku belasah je makan nasi bungkus sambil buat kerja… 
 
kenapa aku kian memburuk.. aku keletihan.. ohh.. aku is gebu balik... what the amazing journey... theheeh..
Argghhhh…. Kadang aku rasa aku suka kerja camgini.. kadang aku rasa aku tak sanggup… tapi kadang-kadang aku menyerah sajia… kerja yang buagt nko tak senang duduk.. buat nko rasa seram-seram sejuk, buat hati nko rasa gemuruh dan susah hati…. Buat otak nko ligat memikio… ohh… ini sudah tidak bagus untuk usus aku nieh tau… sebab aku ada buat research… kalau kita selalu duk tensen, hati tak senang dan susah hati, memikio macam..macam… akan menyebabkan ketidakbaikan untuk usus kita tau….

ohhh.... aku yang sekarang.... hari ini.. tumpang jap snap gambo.. i tak join... u all happy-haapy tonite... siap makan sedap-sedap lagik.. takper i is okay.... huhuhuh.. ^sambil lap ayaq mata^

Depan office dah terpacak dua khemah besar …pukul 6.00 petang office buat Christmas party.. so..bertukar-tukar hadiah sesiapa yang join.. siap ada lucky draw lagik !! macam biasa aku not in the listed pasal kena cabut awal-awal… babysitter nak keluar jalan2 malam ini.. aku tak ralat pun.. aku dah imun dengan ini semua… elehh… ayat sakit hati nampak



Encik Kekanda
Laki aku tu skang buat part time buka booth jual baju bundle dan produk M7, depan Tesco Rawang….aku support apa je dia buat.. takperlah dia nak carik duit..lepas balik kerja dia balik mandi makan kejap terus dia pergi buat part time sampai pukul 1.00pagi.. aku ngan dia nak bersembang since dia bukak booth tue susah sangat… kadang-kadang benda-benda penting tak sempat nak cakap… ….. anak-anak pun sama… dah pandai merungut sekarang ayah dah tak banyak masa dengan mereka.. aku nak cakap apa.. sampaikan yang baik-baik sajalah.. aku cakaplah yang ayah tue carik duit nak bayar hutang, nak tanggung aku dan anak-anak…
Aku takut kalau anak-anak aku tak rapat dengan ayah mereka…dan  tanggungjawab aku semakin berat lahh lepas nie sebab encik kekanda serah bulat-bulat pasal anak-anak pada aku… hishhh……. Aku nak bising pun buat apa.. dia bukan keluar memalam pi berdusta pada aku.. dia pi CARI REZEKI.. takkan itu pun aku nak bising pasal masa dia dengan kami kurang  ..kalau duit takdak lagilah aku bisingg…. So how ????
Jadi.. aku biarkan dia keluar CARI REZEKI…. Buat masa sekarang.. pulang balik modal saja.. takdaklah berlebihan.. aku pun tak menahu tu semua… dan hujung minggu adalah selalunya aktiviti melepak rumah orang tua… aku kan boleh drive aku boleh je nak pergi sendiri.. tapi aku rasa… pergi tak cukup anggota keluarga macam tak best jerrkkk…jiran yangmemerhati pulak.. saban balik rumah bapak asyik sendiri jek.. mana laki dia????
Jadi aku tak boleh selfish kat sini.. aku nak pastikan masa dia balik dari kerja mahupun berniaga… aku nak dia tahu aku sentiasa ada kat rumah.. manalah tau.. dia balik tue.. dia nak tengok muka anak-anak dia ..nak cium kaaa.. nak tengok muka binik ka dan berkehendak ka… haipp… apa nie…. Theheehehehe….

No comments:

Post a Comment