Pages

Monday 18 February 2013

Encik kekanda dan basikal juga bersembang..

                                          Bermula dari kiri… adalah encik Encik kekanda

Ohh… baguslah encik kekanda ada basikal.. bila ada basikal haruslah dikayuh laju-laju di kawasan taman perumahan kita orang tue.. lepas tue kan kalau kayuh sorang-sorang pun tak best pulak.. marilah kawan-kawan semua.. marilah kita berkayuh bersama-sama…

Basikal harga riban-riban.. mana mau nak kayuh kawasan perumahan saje.. haruslah terjah kawasan yang berliku-liku, berbukit –bukit dan berbatu-batu jauhnya.. biar peluh jantan keluar terpercik-percik barulah jantan habissss…

Oleh kerana encik kekanda punya basikal.. jadi dia layak untuk memasukkan diri ke dalam sebuah kumpulan basikal .. team basikal.. apentah.. terdiri daripada lebih kurang 10 orang macam tue..  jadi banyak tempatlah encik kekanda dan tema telah jelajahi.. bagus aktiviti sihat..

Tapi kadang-kadang Puan gebu makan hati gak dengan basikal nie.. asyik ke hulur ke hilir dengan basikal jek.. kemaruk basikal namanyer…  Meh sini.. terjah apa yang puan gebu makan hati tue..

 Tidak apa Bangun Pagi kerana basikal
-         Kalau ada aktivit basikal tue, sanggup encik kekanda bangun awal-awal pagi yang berpukul 5 pagi tue untuk bersiap- siap segera

 Jangan pula Bangun pagi kerana nak kemana-mana
-         Kebarangkalian nak bangun lima pagi adalah tidak munasabah dan ditunda ke tengahari.. bleh???

 Tidak apa Mencuci Basikal
-         Uihhh.. kalau lepas balik dari mengayuh basikal.. kan terpalit lah lumpur-lumpur, selut-selut bertepek kat basikal dia tue.. ishh.. tak menahan mata encik kekanda melihatnya.. diberus-berus, dicuci-cuci ,disental-sental… sayang benor iyek

Jangan Pula Mencuci Bilik Air
-         Uihhh.. bilik air tue berlumut ke , berlendir ker, hitam ker.. dapat pulak menahan mata tue yek.. takderlah rasa simpati kat bini tue.. nak menolong mencuci bilik air.. ekk. Simpati tue takder yek.. tak sakit mata iyek????

Lagi satu kalau dia kelaur merokok waktu lepas makan malam.. katalah  lepas makan malam kul 9.00mlm dia hisap rokok kat luar .. pukul 12.00, 1.00 apgi nanti baru dia masuk umah.. apa ker sampai 4 jam bertenggek kat luar rumah tue..  Bersembang pasal apentah.. lama sangat..

Hari-hari asyik macam tue..  yang puan gebu dalam rumah nie.. terkejar-kejar dan bagi makan anak, nak membasuh, nak ngajar anak buat kerja sekolah.. nak bagi susu, nak layan karenah budak  kecik tue lagi..  apa yang puan gebu kena buat… BERSABAR.. BERSABAR….

Tulah kadang-kadang.. Adakah mereka tidak tahu yang kita amat memerlukan sokongan mereka..  adakah mereka tahu atau buat tak tahu… Help me dear hubby.. I need you… really need you…

No comments:

Post a Comment