Pages

Sunday 29 July 2012

Saya dan Mak….


Secara jujurnya, saya jarang sekali menelefon mak yang jauh di Perlis sana nun..Bukan apa.. saya tak reti dan cakap apa dan mati kutu nak mula bicara.. apalah saya nie.. dengan mak pun saya tak reti nak bercakap??? Apa kes ek.. sebenarnya saya jarang sangat bercakap lama di telefon.. walaupun dengan suami sendiri.. pelik bukan…

Oh.. ini bukan gurauan okey.. mak saya yang tinggal kat perlis nun di sana telah pun di bawa datang ke Kuala Lumpur oleh kakak saya yang sulung (ALONG).. sebab mak saya telah mengalami patah kaki ataupun keretakan tulang rapuh kerana disebabkan kencing manis… ikut kata mak dah 26 tahun dah dia ada kencing manis nie..

Ermm.. tetiba saya merasa sangat menyesal kerana saya rasa saya seorang yang lalai dalam memberikan layanan kasih sayang terhadap mak saya…. Saya jarang-jarang telefon mak saya.. kalau dah jarang telefon bermaksudnya saya tidak tahu khabar ibu saya.. baik kah??? Demam kah??? Tak sihat kah???? Wehhh..  dan secara tak disangka.. mak saya tidak sihat dan saya tahu dari adik beradik yang lain.. patut ka saya nie????

Memang saya tidak boleh diharap.. barulah terhegeh-hegeh nak datang tengok.. apalah nak jadi dengan saya ini… Kesian mak..  Nasib baik Kakak saya si along dan abang ipar saya En. Shamsul tue yang uruskan semua.. nak harapkan saya.. memang saya tak tahu nak buat apa..  Mereka adalah anak yang bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan orang tua..  dan menjadi harapan mak saya..

Ermmm.. tak tahu nak tulis apa dah.. Along.. you are the best sister in this world.. u always be with mak.. always…..  masa mak susah mahupun mak tak sihat.. girl power… sekarang diriku mengerti kenapa dirimu telah dijadikan Allah sebagai anak sulung…. Along seorang yang bertanggungjawab terhadap ibubapa kami dan selalu ingatkan kami adik beradik yang leka nie untuk sentiasa keep in touch with mak..

Ermmm..  Terima Kasih bebanyak.. Along… Terima Kasih dan sentiasa dimurahkan rezeki.. insyaallah lepas nie ana akan jadi lebih peka dengan mak yang memang sekian lama kita tahu mak memang sakit dan perlukan perhatian dan sokongan kita semua……..



Kekadang terfikir oleh saya… merajuk kah mak dengan saya ??? makan hati kah mak dengan sikap acuh tak acuh saya ini… ????  derhakanya saya yang jarang sangat telefon mak???? Makkkkkk.. ampunkan anak mak yang gebu ini….. ana sayang mak dari hujung rambut sampai hujung kaki..  ana minta ampun mak..


No comments:

Post a Comment