Pages

Sunday 29 July 2012

Kenapa Warga Ibu Tak Boleh Malas-Malas..


Kami warga ibu tak boleh malas- malas…

Kalau dah malas masak..

Ermm.. apamacam.. larat ker asyik odek lauk tunjuk jek.. mau bankrupsi encik suami kang.. bayangkan dalam sebulan langsung tak ke  dapur untuk masak sebab malas…. Ermm larat ker??

Sebab tu kami warga ibu tak malas

Sebab kami warga ibu faham akan kepentingan kami dan penat lelah bila balik dari kerja kami tolak ketepi.. masak tue penting bagi kami, disamping menjimatkan perbelanjaan rumah, kami masak bagi  seluruh anggota keluarga rasa air tangan kami.. Kami rela masak dari habiskan duit laki makan kat luar.. kan..

Kalau warga ibu dah malas nak kemas rumah..
                                                  Contoh rumah yang bersepahan
Ermm .. apa akan jadi.. rumah bersepah lah.. lantai melekitlah.. dapat laki rajin takper.. dapat laki tak mahu tolong.. apa akan jadi.. mahu rumah seperti tongkang langganng.. ewwwww  bilik air toksah citer confirm berlumut.. ermm korang nak ker rumah kotor macam ituw.. habis lipas, semut, cik ti berkeliaran kat dalam rumah.. ohhh tidakkk!!!

Sebab tu kami warga ibu tak malas

Rumah mesti kena sapu sampah tak boleh buat selalu pun , hari minggu hari buat kerja rumah.. semua buat sendiri.. sapu sampah, mop lantai, cuci bilik air dan bla-bla.. walaupun bekerja hal rumah tangga tak boleh diabaikan.. kami kena buat sebab sapa lagi nak buat..  hari minggu bukan hari berehat hari minggu hari bekerja buat kerja rumah.. betul  kan????

Kalau warga ibu dah malas basuh @ lipat kain@gosok..

Ermm.. takder bajulah nak ganti pakai.. ermm takkan nak hantar dobi hari2 bankrupsi lagi cik suami kita… kat dalam almari dah takder baju yang berlipat, kat rumah dah takder baju seluar yang bersih, longgok dalam mesin basuh, dalam besen, dalam bakul.. kat atas lantai.. kan..

Kalau dah basuh tapi buat pulak longgokan kat atas katil, dalam bakul lagi, terus masuk lemari..Kalau tak lipat kain.. susahlah warga rumah nak cari baju.. susahlah anak,laki nak cari stoking.. susahlah  nak cari spender dan lain-lain.. kan kan..kain yang tak basuh dan kain yang tak lipat  lebih kurang banyaknyerkk..  tak payah gosok.. biar kedut seribu.. malas kan

 Sebab tu kami warga ibu tak malas

Kami basuh baju, hatta dengan mesin basuh sekalipun.. sidai baju.. dah kering lipat pulak.. dah tue susun pulak dalam almari kemas-kemas.. pastu kena gosokla pulak baju kemeja suami, anak-anak dan diri sendiri… bila masa buat tue semua.. kami warga ibu akan curi masa rehat buat semua ini… bila?? Selalu tengah malam lepas anak-anak tido.. selalu waktu petang, bila suami dan anak2 sedap tido kat dalam bilik tue.. ..

Tapi saya tak salahkan sedari di luar sana kalau tak terkejar-keajr nak buat semua ini… sebab bila dah kawin.. tanggungjawab tue bukan pada sedari seorang diri tetapi berdua yakni.. encik –encik suami di luar sana.. minta tolonglah.. janganlah anggap hal mengemas, memasak, membasuh ini kerja binik ajek.. kita sebagai suami kena tolonglah..

Takkan balik kerja nak rehat saje, tolong-tolonglah binik tue kan.. si bini sedara tak boleh nak buat semua tak terkejar encik.. jangan buat tak tahu mahupun taknak ambik tahu.. streeesssss binik tue nanti.. Bini encik tue pun bekerja jugak.. sama-sama carik rezeki untuk keluarga tapi kerja rumah dibiar pulak pada dia seorang.. patutkah encik-encik suami sekalian.. patutkah.. sob..sob..sob..

Jangan nak tolong malam jumaat jek… malam-malam lain silalah tolong dengan ikhlassss.. jangan biarkan orang rumah anda menjadi streesss dan keletihan,jangan jadikan dia tertekan dan merungut pulak.. nanti anda pulak nak kena tanggung dosa pasal dia jatuh tak ikhlas dalam perkerjaan rumah tangga yang dia buat.. ndak gitu???

Kalau kami warga ibu dihargai dan dibantu..i.. kami takkan lupa untuk ucapkan


No comments:

Post a Comment