Pages

Friday 19 April 2013

Cara Puan gebu bekerja..

 Mungkin kadangkala kita tidak suka akan pekerjaan kita sekarang..tetapi Puan gebu bersyukur kerana masih berpeluang menyumbangkan tenaga serta buah fikiran  ke arah pembangunan ekonomi negara dan sentiasa komited terhadap kerja yang di beri.. cewahhh…. Geli sudah haku mentulis beginik.


 
Tanamkan perasaan gembira dan ingin bersungguh-sungguh setiap kali bangun pagi untuk bekerja.. insyaallah anda akan rasa mudah dan bersemangat setiap hari.. dan segala kerja dapat disiapkan dengan mudah.. tapi bila hari isnin.. ada rasa malas  di situ.. wakakakaka
 

Pastikan segala tugasan dicatatkan di dalam buku tugasan atau buku khas secara teratur…Dengan cara ini.. anda akan rasa mudah kerana semuanya sudah tersusun.. dan dah tahu apa yang perlu didahulukan pada hari tersebut…  takat hari ini buku tugasan puan gebu tak terkira banyaknya.. since 2006..


 
Stress adalah perkara biasa bagi semua yang bekerja..inilah yang selalu menjadikan kita tidak bersemangat dalam membuat kerja.. jadi carilah jalan penyelesaian  supaya anda dapat hilangkan stress.. tak banyak yang hilang sikit pun jadilah.. jangan biarkan ia melarat.. hehehehe.. tapi I admit.. kadang-kadang terbawa-bawa stress sampai ke rumah.. huhuhuhu…
 

Ramai yang tidak boleh menerima kritikan terutamanya  dari majikan ataupun rakan sekerja.. oleh itu puan gebu selalu menganggap sesuatu perkara yang dipersoalkan adalah seperti satu nasihat.. ataupun satu pelajaran baru.. tak semua kita tahu.. bukan ?? Berfikirlah secara terbuka..  mungkin apa yang diberikan ada baik benarnya..  sekali sekala kita merendah diri.. apalah salahnya…
 

SENTIASA BERUSAHA BELAJAR DAN TERUS BELAJAR.. SENTIASA DAHAGAKAN  ILMU KERJA DAN BERTEKAD.. JANGAN MALU BERTANYA JIKA TIDAK TAHU TENTANG SATU TUGASAN.. KERANA KITA SENTIASA HARUS DIBIMBING OLEH PIHAK ATASAN..

No comments:

Post a Comment