Pages

Tuesday 19 March 2013

Rahsia tidak Berperut Buncit



Ayat ini adalah fakta.. (ayat ini adalah 100  peratus alasan Puan gebu..muahahahah)
Ia memang rahsia, dan ianya telah disimpan selama 100 tahun (patutlah puan gebu tak boleh kuruskan perut buncit, nko simpan 100 tahun.. hissss..). Namun, anda adalah pembaca bertuah kerana saya akan bongkarinya khas untuk anda (bertuah sangat weee.. tangan letak atas bahu). Rahsia ini berkaitan dengan bagaimana mengatasi masalah perut buncit.  (ohh.. tetiba rasa ngantuk bangat..) Ya, rahsia purba tentang mengatasi masalah perut buncit. (jadi orang purba dulu sudah berperut buncit.. so.. makananan purba dulukala pun tak berkhasiat ek??? )
Anda senyum? Tidak mengapa.. Jika hanya 'disebut' sahaja membuat anda tersenyum, bagaimana pula jika anda berada di kalangan mereka yang memiliki perut yang buncit.  (Memang I berperut buncit.. ngaper ??? dengki ?? )Anda pula yang akan mendapat 'senyuman' daripada orang sekeliling anda (elehh… biarler dorang senyum.. nanti kat akhirat dorang akan dapat pembalasannyer..) Walaupun anda memakai baju mengikut ukuran badan anda, namun kadang kala masalah perut buncit masih lagi kelihatan. (takder ek.. kita pakai baju besar-besar sebab kita sedar diri okay..) Malah lebih menyedihkan anda ada yang menerima perlian daripada rakan-rakan (selaloooo… tapi buat derk jek.. hati makan dalam dohhh). Walau pun mungkin hanya gurauan bagi mereka, tetapi dalam hati anda, hanya tuhan saja yang tahu!(takper.. kita redha jek.. diaorang tak reti buat lawak lain selain kodem badan orang.. IQ  rendah.. orang terkutuk..  muhahaahahah)
Jika lelaki akan menerima perlian...
"Besar pouch bag awak.. apa isinya?" (jawabler balik.. iye.. senang kalau naik kapal terbang ..takder kena cas extra bagasi..  nak tumpang ??  muahahahaha)
Kalau perempuan pula lagi segan..
"Mengandung lagi ke? Aikk.. cepatnya" (takderlaa. I simpan tong gas kat dalam perut i.. ada pemetik api??? )
Siapa tak malu jika memiliki perut yang buncit ni. Jika perut buncit tapi bawa Ferrari, itu lain cerita..  (pun tak elok jugak.. nanti nak keluar perot kereta tak boleh pulak..sebab perut buncit   tersepit.. sudah kena panggil bomba la.. malu sehh.. masuk METRO MUKA DEPAN.. muahahaha ) tapi jika perut buncit sebab nafsu makan yang luar biasa. Ada sesuatu di depan mata yang menyedapkan semua pasti di 'kebas'. Itu yang susah tu. (yes.. itulah masalah puan gebu..)
Tapi usah risau. Kali ini, saya akan muncul sebagai penyelamat walaupun saya tahu 95% mereka yang membaca rahsia ini hanya membaca sahaja dan tidak melakukan, lagi 4% akan melakukan selama 3 hari sahaja dan lagi 1% ... agak saya lah, mereka teruskan selama 2 minggu. Agakkan saja saja ya, (I cuba okay.. jangan perli sebelum tengok hasilnya boleh ???)
Apa pun saya rasa anda tidak lah begitu. Saya yakin, anda seorang yang berjiwa kental, kekal dengan matlamat mahu memusnahkan perut buncit anda tersebut. Namun, ianya ianya tidak akan berguna sekiranya anda tidak bermula dengan tindakan yang positif.  (yeahh.. puan gebu bangun sambil bertepuk tangan  sampai berdarah !!! )
Takkan hilang perut buncit jika anda masih terus duduk di hadapan sofa sambil minum coke. (mana ader.. skang kat office lah.. tengah tulis menatang  nie.. muahahaha) Sia-sia jika hanya berharap sekadar keinginan semata-mata. Jawabnya sampai ke tahun hadapan perut anda masih akan mara ke depan. (kalau tahun depan buncit lagi.. tahun lagi depan tak buncit dah.. hokey hapa)
Semoga tips step by step ini berguna untuk anda. Saya mengharapkan agar anda tergolong dalam golongan 1%  iaitu orang yang melakukan. Orang yang mempunyai keinginan yang kuat dan dibuktikan dengan perbuatan. (yelah.. bagilah cepat.. asyik membebel jek dari tadi.. huh ??? )

Berikut adalah tips rahsia purba bagaimana untuk menghilangkan perut buncit.
Step 1 : Kempiskan perut buncit
Latihan angkatan beban dapat mengempiskan seterusnya dapat menghilangkan perut buncit. "Tapi, saya tak ada duit untuk ke Gym bro.. bagaimana?" (saya bukan takat takder duit, masa pun takder beruk.. cane? )
Ohh.. Jangan risau.. Angkatan beban sebenarnya tak perlu susah-susah pun.. Mulakan dengan melakukan sit up.  (hah?? Ko kata itu tidak susah ?? ko pernah sit up ker tak brok.. nak tercabut urat perut haku nie brok) Itu juga salah satu angkatan beban menggunakan berat badan anda sebagai beban. Yang lebih best ialah sit up ini fokus kepada kekuatan perut dan ia memberi kesan terhadap perut buncit anda. (Ohhh..yelah.. saper lah nak pegang kaki haku nie.. harap anak-anak habis terangkat dorang sumer.. brok )
Lakukan 3 set setiap sesi dengan angkatan sit up 12 kali setiap sesi. Sebelum masuk ke sesi ke -2, lakukan planking selama 30 saat ya. Teruskan sebegitu sehingga sesi ke-3, berselang seli dengan planking. Total masa yang diambil untuk sesi ini ialah tidak sampai 15 minit pun. Mudah bukan? (orang dah mak-mak macam haku nie.. nak buat 3 set roti bakar pun terkejar-kejar ini kan nak buat sit up.. seksa brok??? )



Step 2 : Bakar lemak perut buncit    (erkk kita nampak tak api tu membakar  perut kita..kang kalo dia merebak ke kawasan lain..caner ??))
Apa yang penting, ubah cara pemakanan anda. Jika selama ini, anda makan breakfast roti canai/nasi lemak/nasi dagang.. TAPI nak hilangkan perut buncit ni, anda kena ambil biskut oats dan air malt coklat. Kalau sebelum ini, makan tengahari anda ambil nasi penuh.. Mohon ianya dikurangkan kepada suku. Boleh kan? =) (dulu saya makan atas meja.. lepas tue dah duduk atas kerusi.. skang dah makan atas katil.. boleh ker brok ???
Saya akui ia agak sukar. Namun ianya lebih perlu dibendung daripada ianya menjadi semakin parah. Mencegah itu lebih baik. Maka cegahlah perut buncit itu bermula dari mengawal pengambilan makanan anda. (tadi kata mudah.. lepas tu kata Sukar.. susahla lu brok )
Step 3 : Nyahkan/ Buangkan perut buncit
Lebihkan melakukan senaman. Bagaimana? Anda perlu lakukan senaman extra 5-15 minit setiap hari. Jika selama ini, anda bersenam 15 minit setiap hari maka untuk menyahkan perut buncit ini, anda kena bersenam extra lagi 5-15 minit. (senaman yang ada pun tak terbuat lagi nak suh lebihkan senaman.. tido tak leh ker bro.. yang tu terapi gak kan?? )
Terbaik ialah bersenam kardio selama 30 minit setiap hari secara konsisten dan kemudian disambung dengan senaman angkatan beban selama 15 minit. Fuhh.. kalau anda berkomitmen dengan ini, tahulah akibatnya selepas 1 bulan.. Six pack lah jadinya. (ada apa dengan six pack.. bukan boleh tayang pun.. I orang muslim.. haram tayang tubuh.. )
Step 4 : Mengtong sampahkan perut buncit
Makan lebih banyak makanan yang mempunyai 'whole grain'. Apakah whole grain ini? Contoh makanan 'whole grain' untuk mengtong sampahkan perut buncit ialah seperti biskut gandum, oats dan berat perang (Basthmathi atau Beras Herba ponni taj mahal) (errmm dahler takder duit suh pulak beli beras mahal-mahal.. tak ekonomi langsung.. muahahahah)
Saya akui harganya memang sedikit mahal TETAPI apa lah salahnya jika anda korbankan sedikit wang anda untuk kesihatan anda. Jika anda sanggup dan mampu berbelanja untuk menukar handphone touchscreen berjenama, kereta mahal. (ini adalah tuduhan tidak benar tuan hakim.. ) Tidak salah rasanya jika habiskan sikit duit ke arah kesihatan yang lebih baik kan.  (ko kata tak salah ..salahler.. kalo makan beras tue takder duit nak isi minyak kereta.. haha?? Kena buang kerja.. ko nak tolong masa tuee..  ko rasa masa tue otak haku sehat tak….muhahahahaa)
 Kesimpulannya, untuk melakukan 5 steps di atas pastinya bukanlah satu kerja yang mudah buat anda. Apatah lagi ia memerlukan konsistent daripada anda. Apapun, lakukan setakat mana yang termampu terlebih dahulu. Jika tidak mampu berjogging, maka anda mulakan lah dengan berjalan laju.  Jika anda tidak larat berjalan laju, mulakan lah dengan berjalan perlahan (I mampu tengok orang lain berjogging sajek.. bleh kan bro ??)
Ikut kemampuan anda ya.. Ubah habit anda kepada kehidupan yang lebih sihat. Walaupun anda seberat 130kg pun, tidak mengapa. (melampo sungguh ayat mu itu.. aku masih di bawah 100kg.. tapi terlebih sudah dari 50kg kay )  Mungkin anda merasa sedikit rendah dirilah sebab mungkin anda seberat 130kg. Tapi, jangan merasa rendah diri lagi. Buktikan anda juga mampu menjadi seperti orang lain. Belum cuba belum tahu lagi kan.. (aku tak pernah merasa rendah.. (Cuma sekarang rasa perut ku buncit doh… rendah sungguh pemikiran mu.. muahahahaha)
Selamat mencuba!^^ (ehh bro.. you betul la.. I adalah golongan yang 95 % tue.. heheheheehhuhuhuhhahahaha)

No comments:

Post a Comment