Pages

Monday 17 December 2012

Hey you.....


Tahun 2012 anda Ok kah???
So… tahun 2012 akan melabuhkan tirainya kurang dari 15 hari saja lagi.. jadi kepada sahabat handai di luar sana.. adakah tercapai sudah impian yang korang senaraikan pada tahun sebelumnya…
Di dalam senarai itu, semuakah yang berjaya dilaksanakan dengan jayanya.. apakah mengembirakan hati semua ???? Puan Gebu juga pada tahun –tahun sebelumnya turut menulis senarai perkara yang puan gebu ingin laksanakan..
Salah satunya ialah mahu turunkan berat  badan.. yang tue masih kabur sangat hasil yang disenarai dengan hasil di alam nyata… thehehe..tak kisahlah.. puan gebu buatlah perlahan-lahan tahun hadapan.. okaylah tue dari tarak langsung.. sila tepuk tangan..sebab walau tak turun tapi naik pulak berat badan.. hokey hapa…
Puan gebu ingat.. kalau yang jenis tak kuat iman dan sekadar hangat-hangat tahi ayam maca puan gebu nie, usahlah korang berdiari-diari, bukan main lagi semangat sampai senarai apa yang ingin dicapai sudah beratus-ratus.. sudahnya yang terlaksana satu dua saja..  dan termalu sendiri sebab tak sangka punya banyak impian tapi tak tercapai pun dek kerana masalah-masalah yang kita sendiri sahaja yang tahu… theheheh..
Puan gebu kibarkan bendera putih yang memaklumkan puan gebu sudah mahu surrender untuk azam 2012 tueh.. theheheh.. sebab walaupun tersenarai.. tidaklah pulak tahu kemana kesudahannya.. theheheh…jadi puan gebu tidaklah mahu pulak senarai yang ada di bawa ke tahun hadapan.. untuk hapa??? Untuk saja-saja baik tidak payah weh!!!!
Jadi tiada lagi azam tahun 2013, biarlah masa dan keadaan yang menentukan segalanya.. janji puan gebu berusaha.. hahahaaha… apehal ketawa pulak.. 
Walaupun begitu, Allah murahkan rezeki puan gebu… tiada pun  puan gebu senaraikan dalam list  azam2013 tersebut.. secara tetiba dapat durian runtuh. Hanya allah yang tahu betapa bersyukurnya puan gebu.. tak menyangka lah pulak puan gebu boleh dan berjaya seperti sekarang..

No comments:

Post a Comment