Pages

Sunday 28 July 2013

Apa ada dengan Balik Kampung ???


Wah...Nampaknya dah nak masuk 20 hari kita berpuasa.. 10 hari lagi kita dah nak menyambut Hari Raya..tak saborr.. tak sabor.. wakwakakaka.. ini kalau orang-orang alim.. ustaz-ustazah sekalian baca ..mampuih kenan marehh.. sepatutnya PG merasa sedih kerana ramadhan akan melabuhkan tirainya.. tak dapat lagi nak kaut pahala banyak-banyak... 

Sedih-sedihlah jugak tapi nak beraya memang tidak sabar lagi.. walaupun setiap tahun kita akan menyambut raya tapi perasaan nak beraya tue.. sangat menerujakan.. seronok giler wehh.. tambahan hari raya pertama adalah bersama Mak Siah dan Tok Sudin Di Perlis... Jauh  ke utara sinun..jadi bila namapun perlis.. sudah pastinya..PG ..tengah berkira-kira ..budget untuk perjalanan pergi dan balik.. 

Tambang Tol..yang nie PG.. topup touch n go ajek.. senang.. bersepah dah ko nak topup memaner pun.. jadi kalau rasa tak sanggup beratur panjang masa nak keluar tol.. sila upgradekan kemudahan anda.. wakakakaak..  lepas tue pulak minyak kereta.. ataupun petrol.. yang nie pun sama jugak.. memang kena spare wohhh.. kalau tidak tak sampai... menangis tengah jalan.. wawaaaa...

Sepanjang perjalanan itu..... takkan lah bawak kereta tak berhenti langsung.. confirm lah dua tiga kal ijugak lah kau berhenti kat kawasan rehat kan.. masa tu takkan turun buang air je kut.. bila tengah berjalan terkedek-kedek tue.. Encik Kekanda ajak minum pulak.. takan minum jek.. makan ??? sekali ah tue.. thehehehe..

Dah sampai kampung yang ko sendiri ingat-ingat lupa.. theheheh.. almaklumlah.. setahun 2 kali jek balik.. takan ko tak bagi duit raya kat makbapak ko kan.. tu duit raya barang-barang basahan mahupun keringan.. tu pun kena sua tue.. takkan ko nak buat muka kering tengok mak ko bukak beg amik duit dia sendiri.. tak sanggup wehhh...

lepas tue kena juga spare duti raya untuk anak-anak buah.. tak termasuk rezeki budak-budak yang datang beraya ke rumah makbapak PG tueh...

Dan lagi satu... dah sampai sana.. mana boleh tinggal acara wajib daku setipa tahun.. iaitu melewati Padang Besar.. besar jugalah matawang yang dipakai.. beli itu ini.. ikan bilis lah jajan-jajan lahh.. woiii macam-macam.. ..

Akhir kata.. walaupun kita tahu.. akan beratus-ratus.. tak mustahil habis beriban-riban sekalipun.. tetapi PG puas hati sebab PG balik kampung belanja makbapak, balik kampung walau pun tak selalu beraya dengan Mak.. PG gembira sebab dapat bergurau senda dan tolong menolong siapkan juadah raya.. dengan adik beradik..  PG gembira sebab memang semua rakyat malaysia macam gini...Dasyat nyer Hidup ini!!!

Theee.. PG skang nie menghitung hari jek.. nak balik kampung.. nak balik kampung.. best--best.. best !!!!

Di kesempatan ini Puan gebu ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dengan tabah untuk 10 hari lagi dan Selamat Berhari Raya Aidilfitri yang akan mendatang...


Ini photo terbaru PG ..dengan rakan-rakan kerja.. berbuka puasa di One World Hotel.. makan sampai pengsan wokeyy....




No comments:

Post a Comment